BUDDHA ADALAH UTUSAN AGUNG DARI ALLAH ?
KESAMAAN
KEROHANIAN DAN ETIKA
ANTARA
ISLAM
DAN BUDDHISME
Oleh
Reza
Shah Kazemi
Diperkenalkan
oleh :
Y.A.M.
Dalai Lama Yang ke XIV
Y.A.M
Putera Ghazi bin Muhammad
Profesor
Dr. Hashim Kamali
Kandungan
Prakata
oleh Yang Amat Mulia Dalai Lama Yang ke-XIV
Pengenalan
kepada Tapak Persamaan oleh Yang Amat Mulia Putera Ghazi bin Muhammad
Kata
Pengantar oleh Profesor Dr Hashim Kamali
Bahagian
Pertama ― Pemandangan Latar 21
Melampaui
yang Tersurat kepada Semangat 22
Sekilas
Pandang pada Sejarah 29
Asas-asas
Dialog Menurut al-Qur‘an 34
Buddha
sebagai Rasul 36
Pemberitahuan
dari Atas atau dari Dalam? 43
Dalai
Lama dan Dinamika Dialog 48
Bahagian
Kedua ― Keesaan: Penyebut Sepunya Tertinggi 54
Memikirkan
Yang Esa 54
Yang
Tidak Dilahirkan 55
Dialektik
Buddhisme 59
Shu>nya
dan Shaha>da 68
Cahaya
Transendensi 70
Al-S}amad
dan Dharma 71
Wajah
Allah 75
Fana>‘
dan Bukan Dualiti 78
Baqa>‘
dari ‗Yang Tercerahkan‘ 80 3
Menyembah
Yang Maha Esa 88
Buddha
dalam terang Dharma 89
Mengingati
Allah 94
Tariki
dan Tawakkul 97
Kunci
Keselamatan 100
Gambar-gambar
Buddha, Selawat atas Nabi 104
Bahagian
Ketiga ― Etika Pemisahan Dan Belas Kasihan 111
Pemisahan:
Anicca dan Zuhd 112
Penderitaan
112
Keduniaan
114
Politheisme
Halus 117
'Tuhan‘
Keinginan 120
Cinta
Belas Kasihan: Karuna> dan Rahma 126
Sumber
Belas Kasihan 130
Keesaan
dan Kasih Sayang 133
Rahma
sebagai Pencipta 139
Penutup
― Tapak Persamaan Kewalian 147
Biografi
Penyumbang 150 4
PRAKATA
Oleh
Yang Amat Mulia Dalai Lama Yang ke-XIV
Buku
ini adalah sebuah buku penting, perintis dalam usaha untuk mencari kesamaan
antara ajaran-ajaran Islam dan Buddhisme. Adalah harapan saya bahawa di atas
tapak kesamaan ini, para penganut kedua tradisi akan dapat menghargai segala
kebenaran kerohanian yang terkandung pada jalan-jalan mereka yang berbeza dan
dari sini membina dasar untuk menghormati amalan dan kepercayaan masing-masing.
Ini mungkin tidak sering berlaku sebelum ini, kerana sangat sedikit kesempatan
untuk mendapat persefahaman yang sebenar antara kedua tradisi agung ini. Buku
ini cuba untuk memperbetulkan keadaan.
Sang
Buddha mengajarkan bahawa setiap makhluk berperasaan memiliki akal atau
kesedaran yang sifat asasnya adalah murni, tidak tercemar oleh pemesongan
mental. Kita merujuk kepada sifat ini sebagai sifat-Buddha atau benih
pencerahan. Dari sudut pandang ini, setiap makhluk berupaya untuk mencapai
kesempurnaan. Dan juga, kerana sifat akal adalah murni, kami percaya bahawa
semua aspek negatif pada akhirnya akan dapat dihapuskan darinya. Apabila sikap
mental kita positif, tindakan-tindakan negatif dari tubuh dan ucapan akan
berhenti dengan sendirinya. Kerana kita percaya bahawa setiap makhluk
berperasaan mempunyai potensi tersebut, semua makhluk adalah sama; setiap orang
berhak mendapat kebahagiaan dan mengatasi penderitaan. Cara hidup Buddhis pada
keseluruhannya adalah berdasarkan prinsip menghormati kesejahteraan sesama
makhluk. Ianya merupakan sistem yang didasarkan pada amalan belas kasih sayang.
Rakan-rakan
Muslim saya telah menjelaskan kepada saya bahawa kerana Allah bersifat
penyayang dan penuh belas kasihan, setiap Muslim yang taat adalah pada
hakikatnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada ideal kasih sayang yang meliputi
sekelian alam. Ini bermakna bahawa kasih sayang Tuhan melimpah melalui segala
tindakan orang-orang yang beriman. Amalan seperti ini jelas merupakan cara
untuk memurnikan pemikiran dan nampaknya selari dengan apa yang dikatakan oleh
Sang Buddha sendiri, betapa pentingnya menjalani hidup dengan cara yang
beretika lagi penuh belas kasih sayang. Dengan demikian, dari sudut pandang
Buddhisme, amalan Islam adalah jelas sebagai suatu jalan kerohanian yang boleh
mencapai keselamatan.
Jelas
sekali bahawa kasih sayang merupakan intipati ajaran agama, baik Islam maupun
Buddhisme, seperti juga ia merupakan intipati ajaran tradisi keagamaan agung
yang lain. Adalah harapan saya bahawa pengiktirafan prinsip asas yang dikongsi
bersama ini akan menjadi asas bagi penganut-penganut agama Islam dan Buddha
mengatasi rasa kewaspadaan terhadap satu sama lain lalu memupuk persahabatan
yang bermanfaat berdasarkan sikap saling mempercayai. Sudah sampai masanya bagi
para penganut agama-agama utama dunia bekerja sama untuk mewujudkan dunia yang
lebih damai serta penuh dengan kasih sayang.
Saya
ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan saya Putera
Ghazi bin Muhammad yang telah beberapa kali menyambut saya di Jordan dan yang,
sebagai hasil dari perbualan-perbualan kami, kemudian telah memulakan projek
yang mengkagumkan ini. Perbualan-perbualan dengan beliau dan rakan-rakan Muslim
yang lain mengukuhkan keyakinan saya akan nilai yang sangat besar menggalakkan
dialog antara tradisi-tradisi agung kerohanian di dunia. Saya berdoa agar usaha
ini membawa kejayaan serta kesan baik yang berpanjangan.
21
Januari 2010
=================================================================
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Selawat
dan Salam ke atas Nabi Muhammad
Pengenalan
kepada Tapak Persamaan
Oleh
Yang Amat Mulia Putera Ghazi bin Muhammad
Agama-agama
Dunia dan Keamanan Dunia
Setakat
tahun 2010 Masihi bersamaan 1431 Hijriah, sekurang-kurangnya 80% daripada
penduduk dunia yang berjumlah 6.7 bilion manusia tergolong ke dalam hanya empat
daripada begitu banyak agama di dunia. Empat daripada lima orang di atas bumi
adalah sama ada Kristian (32%), Muslim (23%), Hindu (14%) atau Buddhis (12%).
Oleh kerana agama (dalam bahasa Inggeris, religion, dari bahasa Latin
‗re-ligio‘, bererti ‗mengikat semula [manusia kepada Langit]) adalah kuasa yang
paling kuat yang membentuk sikap dan perilaku manusia―pada teori kalau tidak
pada amalan―maka secara logiknya untuk mewujudkan kedamaian dan keharmonian di
dunia harus ada keamanan dan keharmonian antara agama sebagaimana adanya, dan
khususnya antara empat agama terbesar dunia.
Pada
tarikh 13 Oktober 2007, seramai 138 orang ulama dan intelektual terkemuka dunia
Islam (termasuk tokoh-tokoh seperti Mufti-mufti Agung Mesir, Syria, Jordan,
Oman, Bosnia, Rusia, dan Istanbul) telah menghantar sepucuk Surat Terbuka
kepada para pemimpin agama Kristian. Ianya ditujukan kepada para pemimpin
gereja-gereja dan denominasi Kristian dari seluruh dunia, bermula dengan Paus
Benedict XVI. Pada dasarnya, Surat Terbuka itu mengingatkan, berdasarkan
ayat-ayat dari al-Qur‘an dan Alkitab (Bible), bahawa agama Islam dan Kristian
sama-sama mengakui, pada intinya, suruhan ‗emas‘ berkembar yang amat penting,
iaitu mengasihi Allah dan mengasihi jiran. Berdasarkan tapak persamaan ini,
surat itu menyeru diwujudkan keamanan dan keharmonian antara umat Kristian dan
Islam di seluruh dunia.
Surat
Terbuka itu menyebabkan terbentuknya gerakan keamanan global yang bersejarah
antara umat Islam dan Kristian secara khusus (seperti yang dapat dilihat pada
www.acommonword.com), dan sementara ianya tidak mengurangkan peperangan antara
Muslim dan Kristian atau menamatkan saling kebencian dan prasangka, namun ianya
telah membawa banyak kebaikan, dengan izin Allah, dan nampak telah menukar nada
antara pemimpin-pemimpin agama Islam dan Kristian dan agak memperdalam
pemahaman yang benar terhadap agama masing-masing dengan cara-cara yang
signifikan. Inisiatif A Common Word (Satu Kalimah Bersama) itu sudah tentu
bukan sendirian di atas pentas dunia dalam usaha untuk memperbaiki hubungan
antara orang-orang yang beragama (kita mengingatkan kepada Perikatan
Ketamadunan, inisiatif antara agama yang dicetuskan oleh Yang Amat Mulia Raja
Abdullah dari Arab Saudi dan juga pidato Presiden Obama di Kaherah pada tahun
2009), tapi walaubagaimana pun kami anggap ianya signifikan bahawa, misalnya,
menurut Pew Global Report Oktober 2009 peratusan rakyat Amerika yang mempunyai
pandangan negatif terhadap Islam adalah 53% berbanding dengan 59% hanya
beberapa tahun lalu. Maka adalah tidak mustahil untuk mengurangkan ketegangan
antara dua komuniti agama (walaupun pertikaian dan peperangan berterusan dan
malahan telah bertambah dalam tempoh yang sama) apabila para pemimpin agama dan
intelektual berhubung antara satu sama lain dengan membawa mesej agama yang
benar.
Maka
dengan memikirkan semua hal ini dan selepas perbincangan terperinci dengan Yang
Amat Mulia Dalai Lama ke-14, kami mencetuskan inisiatif ini. Kami menugaskan
salah seorang Felow Akademi Diraja, Dr Reza Shah-Kazemi―seorang pakar yang
sangat dihormati dalam bidang tasawuf dan penulis terkemuka dalam kajian
perbandingan agama―untuk menulis sebuah esei tentang perkara ini, yang
kemudiannya kami minta kepadanya supaya memperluaskannya menjadi risalah ini.
Kami berharap dan berdoa bahawa buku ini akan diberkati dengan kesan global
antara Muslim dan Buddha yang sama baik seperti kesan Satu Kalimah Bersama
Antara Kami dengan Kamu di antara umat Islam dan Kristian.
Mengapa
kita perlu 'Tapak Persamaan‘?
Tujuan
dan matlamat khusus penugasan itu adalah untuk mengenalpasti 'Tapak Persamaan‘ kerohanian (yang sahih
berdasarkan teks-teks suci agama Islam dan Buddhisme) antara penganut-penganut
agama Islam dan Buddha yang akan membolehkan kedua-dua komuniti saling
mengasihi dan menghormati, tidak hanya sebagai manusia umumnya, tetapi juga
sebagai Muslim dan Buddhis khususnya. Dengan kata lain, kami berharap untuk
mengetahui dan memahami apa yang ada dalam kedua-dua agama kita―walaupun
terdapat begitu banyak perbezaan-perbezaan doktrin, theologi, hukum hakam dan
lain-lain yang tidak serasi dan tidak terjambatan yang kita tidak boleh dan
tidak harus nafikan―di mana kita mempunyai persamaan yang akan membolehkan kita
mengamalkan sikap lebih mengasihi dan menghormati satu sama lain justru kerana
kita masing-masing beragama Islam dan Buddha, dan bukan sekadar kerana kita
adalah umat manusia. Kami percaya bahawa, walaupun terdapat bahaya sinkretisme,
mencari Tapak Persamaan dalam bidang agama adalah bermanfaat, kerana umat Islam
sekurang-kurangnya tidak akan dapat sepenuh hati merasa antusias terhadap
sebarang etika yang tidak menyebut Allah atau merujuk kembali kepada-Nya.
Kerana Allah mengatakan dalam Kitab Suci al-Quran:
"Dan
sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya
adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari
kiamat dalam keadaan buta." (al-Qur‘an, Ta Ha, 20:124)
Dan
juga:
"Dan
jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat
kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan
Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka
hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau
mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi
pengajaran Kami, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula
adalah melampaui kebenaran." (al-Qur‘an, Al-Kahf, 18:28)
Hal
ini menjelaskan mengapa kami tidak sekadar mencadangkan suatu versi Hukum Utama
Kedua ('Kasih Sayang kepada Jiran Tetangga‘) – pelbagai versi yang memang boleh
dijumpai dalam teks-teks Islam dan Buddhisme yang sama (seperti juga ianya
boleh didapati dalam kitab-kitab suci Yahudi, Kristian, Hindu, Konfusianisme
dan Taoisme, di antara agama-agama lain): kerana tanpa Hukum Utama Pertama
('Kasih kepada Tuhanmu‘), Hukum Kedua semata-mata mungkin menjadi sesuatu yang
secara rohaniah kosong tanpa kebenaran, dan dengan demikian berisiko menjadi
sentimentalisme cetek tanpa kebajikan dan kebaikan yang sebenar; maka berisiko
pula menjadi etika sekular yang mengambil sikapnya mengikut ragam hati dan
perasaan yang kita timbulkan sewenang-wenangnya dalam keadaan-keadaan tertentu,
tanpa memerlukan apa-apa dari jiwa, tanpa sebarang risiko, tiada mengubah
apa-apa, memperdayakan semua.
Di
sisi lain, salah satu ironi terbesar dari ramai pengamal agama adalah bahawa
walaupun agama mereka menuntut kasih sayang dan sikap menghormati di kalangan
manusia, mereka memandang rendah terhadap orang lain (dan enggan bersikap kasih
sayang dan hormat terhadap mereka) jika mereka tidak menganuti agama yang sama.
Maka kecintaan terhadap agama mereka sendiri menjadikan mereka kurang
mengasihani orang lain, bukan membuat mereka lebih mengasihani orang lain! Hal
ini nampak kepada saya sebagai seorang muslim begitu ironis sekali, kerana di
dalam kesemua empat mazhab fiqah ahli Sunnah, dan juga dalam tradisi pemikiran
golongan-golongan Syiah dan Ibadhi ― ertinya, dalam setiap aliran tradisi
pemikiran Islam ― pilihan agama seseorang bukan alasan untuk bermusuh dengan
mereka (jika mereka tidak terlebih dahulu melahirkan permusuhan terhadap
Islam). Sebaliknya, umat Islam adalah dikehendaki untuk berperilaku kasih
sayang dan adil terhadap semua orang, baik yang beriman mahupun yang tidak
beriman. Allah s.w.t berfirman dalam al-Qur‘an:
"Katakanlah
(wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan
(kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada
hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; kerana Allah akan memberi
kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah
usahakan. Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang
kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan
menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan
kamu." (al-Qur‘an, Al-Jathiyah, 45:14-15)
Hal
yang sama dijelaskan dalam petikan berikut dari al-Qur‘an yang bermula dengan
mengutip doa orang-orang yang beriman dari kalangan umat terdahulu:
"Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong
kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan
kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.‘/
Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan
pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan
sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa
dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha
Terpuji./ Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan
orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu. Allah Maha Kuasa (atas
tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun lagi Maha mengasihani./Allah tidak
melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang
tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku
adil." (al-Qur‘an, Al-Mumtahinah, 60:5-8)
Dengan
demikian umat Islam harus pada prinsipnya bersikap belas kasih sayang serta
hormat kepada orang-orang yang tidak memerangi atau mengusir mereka dari
rumah-rumah mereka (ini merupakan syarat dalam Islam bagi mengharuskan
peperangan untuk mempertahankan diri). Orang-orang Islam tidak seharusnya
menjadikan sikap kasih sayang mereka bergantung hanya kepada kasih sayang orang
lain, namun bagaimanapun secara psikologi hampir tak dapat dielakkan bahawa
orang akan lebih menghargai rakan-rakan mereka ketika mereka tahu bahawa
rakan-rakan mereka itu juga cuba untuk menunjukkan kasih sayang dan perasaan
hormat kepada semua. Setidak-tidaknya inilah salah satu andaian utama kami
dalam menugaskan penulisan buku ini.
Tapak
Persamaan
Beralih
kepada buku ini sendiri, kami fikir tidak salah untuk mengatakan bahawa ianya
membuktikan, dengan limpah kurnia Allah s.w.t, secara umumnya suatu karya
kesarjanaan yang menakjubkan, yang memaparkan betapa dalamnya kefahaman penulis
serta kebesaran jiwa beliau. Ini tidak bermakna bahawa setiap Muslim ― atau
setiap penganut agama Buddha ― akan menerima, atau bahkan memahami, segala
sesuatu yang diujarkan penulis, namun dapat dikatakan secara saksama bahawa
buku ini umumnya adalah normatif dari sudut pandang Islam (terutama kerana
ianya sengaja bersandarkan al-Qur‘an, Hadis Nabawi dan wawasan dari ulama besar
tasawuf Abu Hamid Al-Ghazali) dan juga mengkaji semua aliran-aliran utama
pemikiran agama Buddha (seperti yang saya memahaminya). Di samping itu, buku
ini menunjukkan tanpa sebarang keraguan yang munasabah akan beberapa persamaan
dan kesejajaran antara Islam dan Buddhisme, khususnya seperti berikut:
(1)
Kepercayaan pada Kebenaran Hakiki (Al-Haqq) yang juga Maha Esa, Realiti Mutlak,
Sumber Rahmat dan Petunjuk kepada umat manusia.
(2)
Kepercayaan bahawa setiap jiwa adalah bertanggungjawab pada Hari Akhirat kelak
atas prinsip keadilan, dan bahawa prinsip ini berakar pada sifat tabii Realiti
Mutlak.
(3)
Kepercayaan pada kewajipan moral yang jelas supaya bersifat rahmah, iaitu
kasihan belas dan menyayangi sekalian makhluk, kalau tidak pun percaya pada fungsi
kosmogonik dan eskatologik sifat rahmah (maksud kami, kepercayaan bahawa alam
ini dicipta dengan Rahmah, dan dengan Rahmah pula kita mendapat keselamatan dan
kesejahteraan).
(4)
Kepercayaan bahawa umat manusia mampu untuk mendapat ilmu pengetahuan
supra-rasional, ilmu yang merupakan punca untuk mendapat keselamatan di Akhirat
dan juga untuk mendapat pencerahan dalam kehidupan dunia ini.
(5)
Kepercayaan pada kemungkinan mencapai maqam kewalian bagi umat manusia, dan
keyakinan bahawa semua orang harus bercita-cita untuk mencapai maqam kewalian
ini.
(6)
Kepercayaan pada keperluan melakukan amalan kerohanian dan keberkesanannya:
sama ada ianya dalam bentuk bermunajat, bermeditasi atau pun berzikir.
(7)
Kepercayaan pada keperluan memisahkan diri daripada keduniaan, daripada nafsu
dan menurutkan segala keinginannya.
Tentang
Buddha sendiri tidak menyebutkan Allah sebagai Pencipta, ini pasti merupakan
suatu perbezaan mutlak antara orang-orang Islam dan para penganut agama Buddha,
tetapi jika difahami bahawa Yang Esa adalah Allah, dan bahawa Buddha berdiam
diri mengenai Yang Esa sebagai Pencipta bukan bermakna penafian sebagaimana
adanya, maka adalah mungkin untuk mengatakan bahawa perkara-perkara di atas
sudah tentu merupakan `Tapak Persamaan‘ yang substansial antara Islam dan
Buddhisme, walaupun terdapat banyak perbezaan yang tak terjambatan antara
keduanya. Tentu saja, perkara-perkara tersebut boleh diambil sebagai merupakan
atau `menetapkan‘ inti dari agama dan
jangan `berpecah belah‘ di dalamnya dan ini adalah tepat seperti apa yang Allah
firmankan dalam al-Qur‘an sebagai mesej terpenting dari segala Rasul-Rasul yang
diutuskan oleh Allah:
"Allah
telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara agama yang Dia
tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang
telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami
perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu:
Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau
berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima
agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta
melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan
memberi hidayah petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali
kepadaNya (dengan taat)." (al-Qur‘an, Al-Syura, 42:13)
Boleh
juga dikatakan bahawa perkara-perkara ini juga membentuk substansi Dua Hukum
Utama: maka keyakinan terhadap wujudnya Satu Zat Kebenaran yang Mutlak, dan
kesungguhan berjuang untuk melepaskan diri dari kongkongan dunia, ego dan tubuh
badan melalui amalan-amalan kerohanian, serta berjuang untuk mencapai tahap
kewalian (sekaligus mencapai ilmu pengetahuan di tahap supra-rasional) mungkin
dianggap sebagai cara kebalikan untuk mencapai Hukum Utama yang Pertama,
sedangkan tuntutan supaya bersikap belas kasihan dan kasih sayang jelas
menunjukkan Hukum Kedua walaupun menggunakan kata-kata yang berbeza, kalau
tidak pun Hukum Utama Pertama juga (di mana keabadian jiwa ditunjukkan dalam
kedua-dua Hukum Utama perintah dengan penamaan keseluruhannya sebagai `hati‘).
Dan Tuhanlah Yang Maha Mengetahui.
Ahli
Kitab
Semua
yang diperkatakan di atas membawa kami sebagai Muslimin untuk membuat
kesimpulan bahawa Buddha, yang petunjuk asas daripadanya telah pada prinsipnya
menjadi ikutan oleh satu persepuluh penduduk bumi ini sejak 2,500 tahun yang
lalu, adalah kemungkinan besar ― dan Tuhan Maha Mengetahui ― salah seorang
utusan agung dari Allah, walaupun ramai orang Islam mungkin tidak dapat
menerima segala sesuatu dalam Kanon Pali sebagai tulen berasal dari Buddha.
Kerana walaupun nama Buddha tidak disebutkan dalam al-Qur‘an, namun Allah telah
dengan jelas berfirman bahawa setiap kaum telah diutuskan ‗pemberi amaran‘ dari
kalangan mereka dan bahawasanya memang wujud ramai para rasul yang tidak disebutkan
namanya dalam al-Qur‘an:
"Sesungguhnya
Kami mengutusmu dengan (Agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira
(kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang
ingkar); dan tidak ada sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya
dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran." (al-Qur‘an, Surah Fatir,
35:24)
"Dan
demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara
mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya
yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul
membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan
izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana
apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil;
pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang
salah." (al-Qur‘an, Al-Ghafir, 40:78)
Maka
dengan itu kami merasakan bahawa langkah pemerintah-pemerintah Bani Ummayah dan
Bani Abbasiyah dulu yang mengiktiraf penganut-penganut agama Buddha sebagai
Ahli Kitab adalah tepat. Inilah juga sebenarnya sikap yang diambil selama
beratus-ratus tahun oleh berjuta-juta orang Muslim biasa terhadap jiran-jiran
mereka yang kuat beragama Buddha, walau apa pun yang diajarkan oleh para ulama
akan perbezaan aqidah antara kedua-dua agama.
Sebagai
catatan yang bersifat lebih peribadi, izinkan saya menyebut di sini bahawa saya
telah sempat membaca teks-teks Buddha Zen pada usia saya lebih muda sewaktu
saya belajar di Barat (seperti beberapa karya tulisan D.T.Suzuki dan seperti
karya Eugen Herrigel yang penting dan berpengaruh, Zen in the Art of Archery).
Saya sangat menghargai semua itu, namun tidak berjaya menempatkan Buddhisme
sepenuhnya dalam konteks kepercayaan agama Islam yang saya anuti. Baru-baru
ini, saya telah dapat melihat dalam diri saya suatu kesan apabila bertemu
dengan YAM Dalai Lama. Ianya begini: saya telah dapat melakukan kewajipan solat
lima waktu dengan lebih khusyuk, serta pada sepanjang masa di luar solat saya
lebih mampu memantau fikiran sendiri, dan lebih mudah menghalang atau mengawal
gerak hati saya sendiri. Saya tidak merasa pula apa-apa keinginan untuk pergi
belajar lebih lanjut tentang Buddhisme, seperti yang mungkin diduga, tetapi
saya tetap sedar bahawa ada sesuatu yang positif telah berlaku. Saya telah
bertanya kepada teman saya Syaikh Hamza Yusuf Hanson (yang saya tahu telah
banyak membaca tentang agama Buddha) mengapa pada fikirannya ini berlaku, dan
beliau dengan bijaksana menjawab bahawa ini adalah kerana: ‗Para penganut
Buddha adalah pewaris-pewaris latihan kerohanian yang amat berkesan.‘ Maka oleh
kerana itu saya secara peribadi amat berpuas hati mengetahui tentang kewujudan
secara jelas Tapak Persamaan yang mendasari kedua-dua agama Islam dan Buddha.
Sesungguhnya, sebagai seorang muslim saya berasa amat lega dan gembira ― kalau
boleh saya katakan begitu ― mengetahui bahawa seperdelapan dunia yang bukan
Muslim menganut Buddhisme dan menjadikan amalan kasih sayang dan rahmat sebagai
intipati kehidupan mereka (sekurang-kurang secara teori). Dan saya berharap
agar buku ini akan mendorong orang-orang Islam dan Buddhis bersaing dan
berlumba-lumba dengan mengamalkan kasih sayang dan rahmat yang merupakan
intipati ajaran agama masing-masing. Allah s.w.t. berfirman dalam al-Qur‘an:
"Dan
Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Qur‘an) dengan membawa
kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan
sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di
antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
(kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan
menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap
umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan
agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki
nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu),
tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan
kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan
beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan
memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." (al-Qur‘an,
Al-Ma'idah, 5:48)
Tapak
Persamaan Terdahulu?
Amat
tidak kena kalau kita tidak menyebut bahawa, walaupun buku ini mungkin
merupakan salah satu percubaan besar yang pertama — kalau tidak pun yang paling
awal — di zaman moden kita ini untuk melakukan perbandingan kerohanian antara
Buddhisme sebagaimana adanya dan Islam sebagaimana adanya, telah pun terdapat
beberapa perbincangan intelektual dan kerohanian yang amat cemerlang dan serius
pada masa lalu antara Islam dengan ‗TigaAjaran (Agung) Cina‘ iaitu (Konfusianisme,
Taoisme dan Buddhisme).
Ini
dibuktikan khususnya dengan karya-karya oleh orang-orang keturunan Cina asli
(‗Han Kitab‘) pada kurun ke-16, 17 dan 18, terutamanya oleh dua orang tokoh
iaitu Wang Daiyu (ca. 1570-1660 M) dan Liu Zhi (ca. 1670–1724 M). Kitab ini
baru saja ditemui dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris (ironisnya, ianya
boleh dikatakan tidak dikenali langsung dalam Bahasa Arab dan Bahasa Cina
moden) oleh Professor William Chittick, Professor Sachiko Murata dan Professor
Tu Weiming. Setakat ini pasukan sarjana ini telah menghasilkan dua buah buku
yang sungguh berpengaruh:
(1)
Chinese Gleams of Sufi Light: Wang Tai-yü‘s ‗Great Learning of the Pure and
Real‘ and Liu Chih‘s ‗Displaying the Concealment of the Real Realm‘ (State
University of New York Press, 2000);
(2)
The Sage Learning of Liu Zhi: Islamic Thought in Confucian Terms (Cambridge,
MA, Harvard University Asia Centre, 2009).
Mereka
juga dikatakan sedang melakukan kajian terhadap karya Wang Daiyu The Real
Commentary on the True Teaching (terbitan pertamanya pada tahun 1642 M).
Karya-karya ini merupakan sumber penting bagi menjalin saling persefahaman
antara China dan Islam, dan bagi para sarjana yang berminat untuk lebih
mendalami bidang perbandingan kerohanian antara Islam dan Buddhisme (dan juga
Konfusianisme dan Taoisme) inilah tempat bermula yang paling baik. Kami
berharap karya-karya yang amat berharga ini akan diterjemahkan ke dalam Bahasa
Arab dan Bahasa Cina Moden dan disebarkan seluas-luasnya.
Apabila
kita menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan zaman silam, serta menggabungkannya
dengan ilmu pengetahuan zaman sekarang, kita menjadi lebih bersedia menghadapi
segala ketidakpastian hidup masa hadapan.
Dan
segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Segala
pandangan yang dikemukakan di atas adalah semata-mata pandangan peribadi dan
persendirian Putera Ghazi dan tidak mewakili pandangan kerajaan dan rakyat
Jordan dengan cara apa pun jua; dan juga tidak bertujuan untuk menyentuh atau
dikaitkan dengan sebarang isu politik dalam bentuk apa sekalipun.
Yang
Amat Mulia Putera Ghazi bin Muhammad
Mac
2010
referensi : Akademi Makrifat
0 komentar: